Friday, 13 November 2015

KLINIK KESIHATAN PUSPANITA PRESINT 10, PUTRAJAYA

~بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ...
~ اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dah lama sangat tak berceloteh kat sini. Blog pun dah bersemak.
Tak pe. Kita tutup buku lama dan buka buku baru ye.

Ikhsan dari laman web : http://www.puspanita.org.my/
Kelmarin gigi sakit yang amat. Semalam, aku mohon EL sebab cadangnya nak ke klinik. Mohon EL sbb belum tentu aku akan dapat MC. Klinik kerajaan...biasa la. Sakit sampai merangkak sekalipun MC tu belum tentu (aku menulis ni base on experienced aku) ~ Sila jangan bash!! ..Ahahaha. Kutuk - kutuk pun aku pergi klinik kerajaan jugak sebab murah. Miahaha..gelak lagi.

Semalam aku menonong je ke Klinik Puspanita Presint 10, Putrajaya. Sebab khabarnya tak ramai orang kat situ. Aku ni allergic sikit dengan orang reramai ni. Haaa...gitu kaedahnya. Lelagi pula bila sakit kan. Nak lempang orang pun ada.

Aku buat quick review ok..

Perkhidmatan : Bagus. Cuma tak banyak yang boleh dibuat dengan gigi aku. So macam kes aku plus kes yang mereka tak boleh nak handle, contohnya cabut gigi, mereka akan refer kita pada hospital. Macam aku semalam, aku request untuk cuci gigi, boleh je doktor boleh buat kat situ jugak. No worries.

Masa menunggu : Sangat pantas. Sebab tak ada orang. Ni aku bagi full star.

Layanan : Aku tak expect layanan yang special untuk aku. Cukup kalau nurse dan doktor yang baik serta muka nurse yang manis dan boleh cure rasa takut aku. Sebab aku tak pernah sakit gigi sebelum ni. Pengalaman aku semalam...so far ok. Nurse pun tak ada la macam singa lapar.

Tempat parking : Memandangkan tak ada orang. So aku siap boleh pilih tempat parking teduh. Jyeahhh!!

Kesimpulannya...doktor hanya buat pemeriksaan pada gigi aku. Katanya gigi geraham bongsu aku tumbuh senget. Macam dalam gambar tu. Tapi aku punya gigi menyerong ke sebelah yang satu lagi.

Image result for gigi geraham tumbuh senget
Ikhsan : GOOGLE

Makanya doktor tanya nak bagi peluang atau terus nak cabut. Aku yang sayang gigi ni harusla terima option yang pertama. Doktor pesan jangan bagi makanan masuk kat situ atau padahnya gigi akan berlubang. Oh nooooo..

So semalam jugak terus ajak hubby pergi farmasi. Beli berus gigi baru. Harap cepat sembuh. Tak nak sakit gigi lagi.


 ~Alhamdulillah~

3 comments:

  1. Salam singgah sini.. doctor tak bagi ponstan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...maaf lambat reply..tak awak dia tak bg ubat apa2 pun

      Delete
  2. Xblh cabut??myb sbb kne oprate kot...sbb sy prnh cabut gigi kt sini n gigi bongsu jgk..so far ok la...cme prnh cuci gg kt sini..sakit n kurang teliti..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me