Monday, 8 April 2013

MESIN PENCETAK

~بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ...
~ اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ikhsan : GOOGLE

Beberapa minggu lepas aku sangat sakit hati. Meminta bantuan daripada seorang Juruteknik Komputer di pejabat ini teramatlah menguji kesabaran. Pelbagai alasan diberi walaupun telah diminta secara berhemah berulang kali...ya...berpuluh kali sehingga berbuih mulut hanya ingin mengetahui mengapa mesin pencetakku tidak berfungsi sebagaimana biasa yang apabila diklik 'print' sekeping kertas yang amat-amat dikehendaki keluar dari mulut pencetak yang sentiasa ternganga.

Masalahku bermula apabila butang cetak diklik bagi mencetak dokumen di dalam bentuk .pdf, akan keluar satu error meminta aku menyimpan/save file tersebut terlebih dahulu walhal fail tersebut memang berda di dalam komputerku sendiri. Aku pelik kerana hanya fail .pdf yang mengalami serangan ini. Berulang kali aku menyemak semula network printerku bagi memastikan printer yang ku gunakan adalah sebagaimana yang ku gunakan sebelum ini. Ternyata itu bukan menjadi hal utamanya.

Lalu...hari ni...pencetakku kembali normal.
Punca gejala sebelum ini?
Mari aku tunjukkan :



Nampak tak bulatan merah tersebut. Ya...itulah puncanya. Macam mana selama ini aku boleh tak perasan yang benda ini bertanda. Ceh...memalukan. Baiklah murid - murid sekalian...bagi mengelakkan perkara setiap kali nak cetak dokumen dalam bentuk .pdf - error yang meminta untuk save tu keluar...mari kita 'untick' fungsi tersebut.

P/S : Terima kasih En Juruteknik Komputer yang baik hati yang turun dari Aras 6 untuk membantu aku walaupun masa aku call tadi suara kamu marah - marah dan buat Juruteknik yang sombong tatkala diminta bantuan sebelum ini...ilmu kamu tidak kemana jika kamu lokek berkongsikannya...

 ~Alhamdulillah~

2 comments:

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me