Friday, 11 January 2013

SUKAR UNTUK BERKATA TIDAK?

~بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

~ اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Aku sebenarnya agak sukar untuk berkata tidak kepada sesetengah perkara.
Susah juga mahu menjaga hati sahabat - sahabat.

Bantu aku dalam perkara ini :

1. Bayangkan jika kerja anda sedang melambak, anda juga sedang pening nak settle kerja sendiri, kawan anda telefon di mana tujuannya adalah untuk mengajak anda breakfast yang semestinya mengambil masa kerja anda. Bagaimana untuk berkata TIDAK?


2. Bayangkan anda sedang sibuk melaksanakan tugas, tengah ada dateline untuk serahan, kawan sebelah meja syok ajak anda menyembang yang semestinya ganggu kerja anda. Bagaimana untuk berkata TIDAK?



3. Anda sedang membincangkan tentang sesuatu yang sulit (perihal tugas) bersama sahabat anda, seorang yang lain pula tercegat berdiri di antara kamu berdua tanpa motif. Annoying tak? Nak halau? Bagaimana untuk berkata TIDAK / JANGAN?


4. Budak jaga kedai sibuk mengekor anda ke serata pelusuk ruangan kedai padahal anda masuk pun sekadar mahu cuci mata. Bagaimana untuk berkata TIDAK?


5. Kawan nak pinjam barang sedangkan kita sendiri tau cara dia menjaga harta benda kepunyaan sendiri dan sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada barang tersebut. Bagaimana mahu berkata TIDAK?


p/s : aku bukan tipikal sangat...tapi benda - benda macam ni sangat annoying bagi aku =)

-sumber gambar : GOOGLE

 ~Alhamdulillah~

10 comments:

  1. susahnya kata tidak.. tapi bg alasan mgkn cukup buat orang tu faham.. cam kwn kita yg ajak bkfes, senyum je ke kat kwn yg nak ajak sembang.. lma2 dia diam r.. hahaha

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eleea...suspen juga kalau x dpt siapkn segerakn...;)

    ReplyDelete
  3. Samalah kita Eleea.. Mieza paling sukar untuk berkata tidak dengan orang yang jauh lebih tua dari Mieza, then orang yang berpengaruh contohnya macam bos kat tempat keje.. Huhu.. Pening nak jawab TIDAK..

    ReplyDelete
  4. Haaaaaaa masalahnya sama jugak, susah nak kata tidak. Kdg2 bukan apa. Ada certain org ni bukannya paham bahasa. Kita dah bg hint pun, dea tak paham2 gak. Dah la kita lak jenis susah nak kata tidak. So mmg susah sket r kat situ -_-"

    ReplyDelete
  5. kekadang sukar untuk berkata tidak... menolak permintaan seseorang...

    ReplyDelete
  6. dalam hal2 mcm ni, kna tegas sikit.. heheh

    ReplyDelete
  7. yeah kita sama. especially kalau org nak pinjam duit. nak dikata tak boleh kesian tapi bila dah pinjam nak mintak balik lagi la kita tak tau nak cakap apa kan. huk huk huk.

    ReplyDelete
  8. Hi Elia! Bila nak update? Happy weekend :D

    ReplyDelete
  9. Btl itu jgn ckp tidak bl sesuatu kejr

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me