Wednesday, 16 May 2012

TEKSI

~ Bismillah...~ 

Pagi tadi agak terlambat untuk ke tempat kerja.
Sedang bersesak - sesak dalam deretan kenderaan yang lain, tiba - tiba hubby meluahkan rasa terkilan kepada pemandu - pemandu teksi yang dianggap agak biadap apabila cuba memotong barisan sesuka hati tanpa memberikan sebarang isyarat sedang ribuan kenderaan lain mampu melakukannya..

Cerita berkenaan teksi, kereta aku juga pernah dilanggar oleh sebuah teksi yang berhenti secara mengejut bagi mengambil penumpang (juga tanpa sebarang isyarat). Sangat menyakitkan hati apabila aku yang berada di belakang teksi tersebut tidak dapat mengelak dan menghentam teksi di hadapan.

Jujurnya aku tidak suka segelintir teksi di Malaysia atau lebih tepat PEMANDU TEKSI di Malaysia. Tidak sedarkah bahawa mereka sedang membawa satu nyawa yang akhirnya memberi mereka upah apabila selamat tiba di destinasi?

Mengapa keadaan sebegini berlaku? Mungkinkah kerana rata - rata pemandu teksi yang merupakan warga vateran yang telah mahir dengan selok belok jalan raya sehingga boleh melakukan sesuka hati di jalan raya? Mungkinkah juga mereka ini merasakan diri hebat kerana mampu sampai ke destinasi dalam masa yang singkat? Ke ada sebab lain yang munasabah yang aku tak tau?

Sedarlah wahai Pakcik Teksi...jika keadaan ini semakin meruncing...anda mungkin sukar mendapatkan penumpang....persaingan di mana - mana wahai Pakcik Teksi...bas dan LRT pun bersepah sangat dekat KL ni. 

Bagi penumpang - penumpang teksi....fikir - fikirkanlah...

 ~Alhamdulillah~

6 comments:

  1. Diorg ni kalau bawak teksi tak pandang orang kiri & kanan geram je dibuatnya. hurmmm

    ReplyDelete
  2. @MISS BEAUTY ~ tau xpe...kadang2 sakit jantung dibuatnya...huhuh

    ReplyDelete
  3. mereka bergerak mengejar duit semata-mata...tu yg mcm tu tuh...

    ReplyDelete
  4. @Mr Faiz ~ tu la masalahnya...bila duit yang dorg kejar sumer benda pun nak langgar...matlamat tak menghalalkan cara kan? =)

    ReplyDelete
  5. setakat ni lisa x pernah kena lagi camtu..cuma kalau kita naik teksi, mesti nak sampai cepat ke destinasi kan..so mungkin sebab tu kot pemandu2 tu main potong barisan sesuka hati..but whatever pun,tetap salah tindakan tu!

    ReplyDelete
  6. @elysa Sofia ~ hehehe...bkn sumer ye dear...sebahagian je..ada juga pemandu teksi yang berhemah =)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me