Friday, 4 May 2012

CREEPY CAR BASEMENT

~ Bismillah...~

Cam ni la lampu car basement pejabat aku..malap2 tanak menyala gitu
sumber

Hari ni Jumaat...
Patutnya aku da boleh balik umah...tido...
hehehe
Boleh sgt sebab rehat melampaui masa 2 jam =)
Malang sekali aku tidak dapat melakukan perkara ini apabila tiba hari Jumaat sebab sekarang hubby yang hantar dan amik aku sewaktu pulang.

Kisahnya...aku tahu memandu kereta.
Bukan nk belagak hokeyyy...tp aku ada sifat negatif dlm diri yang aku baru sedar sejak aku berpindah ke Ibu Pejabat di lokasi Putrajaya ini yang ada kena mengena dengan hal kereta ni.

Cite sikit...pejabat aku ni mmg besar. Ada pintu2 yang menembus ke sana ke mari yang kadang2 aku sendiri tak tahu di mana letak duduk lokasi sebenar aku. Ada beberapa sudut di pejabat aku ni yang agak creepy. Pada pandangan aku maybe kerana besarnya pejabat ini, maka banyak ruang yang dibazirkan tanpa penghuni. So banyak lah ruangan yang kosong hanya bernisankan kerusi dan meja sahaja.

Balik kepada tajuk di atas. Aku tak suka masuk car basement opis aku sebab :

1. Aku naik lif lain. Bila nak turun aku kena carik lif lain. Aku tak reti nak terangkan...senang cite time nak amik kete...aku kena turun ikut lif servis. Bila turun ikut lif servis aku dah tatau nak pergi mana...snng cite ada skali sampai tahap sesat. Padahal masa dah park kete tu aku jumpa 1 je pintu lif...mengakibatkan aku kena berputar2 di basement...carik kereta.

2. Basement is creepy. Selalu bulu roma aku meremang bila masuk basement.

3. Aku masuk ikut pintu lain...bila nak keluar aku dah pasti yang aku akan keluar ke tempat lain

Entahlah...mungkin rasa takut yang menguasai menyebabkan aku tak suka nak masuk car basement opis utk park kereta...siyes...aku tak suka...& aku sebenarnya TAKUT SESAT hingga sampai ke ruangan2 creepy yg lain..

SEDIH KAN!!~


 ~Alhamdulillah~

3 comments:

  1. wohoho..so danger...ngn suram camtu...kot ada penyangak penyangak jer..

    ReplyDelete
  2. @Mr Faiz ~
    kannn...hehehe =) ekceli ada staff pjabat lain da kena ragut dkat basement...so scaryyy ={

    ReplyDelete
  3. Huu. Takut benda halus atau benda 'kasar'. Pengajarannya, jangan turun sorang-sorang. Bawak la bodyguard ke. Hehe.

    Pssst : Follow blog cik Eleea~ =)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me