Monday, 21 May 2012

CEKIK,PULAS, KERAH

~ Bismillah...~



Aku baru sahaja di datangi seorang rakan seperjuangan dalam mengejar ilmu. Si F mengisahkan dirinya yang digunakan oleh sahabat-sahabat dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh Pensyarah.

Aku tabik dengan F yang mengambil keputusan drastik untuk menangguhkan pengajian bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat yang mempergunakan dirinya (terutama bagi tugasan berkumpulan) untuk mempelajari sesuatu dari penangguhannya. Menurut F dia amat kecewa dengan rakan-rakan yang hanya tahu menadah tangan mengharap disuap tanpa mahu berusaha.

Tidak cukup dicekik dan dipulas masa F untuk bersenggang, tenaga F juga dikerah dan markah...sudah tentu pembahagiannya sama rata bukan?...jika F peroleh A hasil usahanya...rakan-rakan juga menumpang senang. Mudah!

Bagi mereka-mereka yang terasa...sedarlah. Tidak selalunya kamu di atas. Menindas orang lain untuk kepentingan diri bukan cara dalam meraih sebuah kejayaan. Kamu perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana aku dan F berusaha untuk itu. 

Buat F...tabahlah...pasti ada hikmah. 

 ~Alhamdulillah~

6 comments:

  1. i tell you what dear, org2 macam ni nanti bila dapat keje satu habuk pun diorg xreti buat keje blur memanjang... aishhhh cam ne la diorg ni boleh hidup dgn hasil org lain kan..

    ReplyDelete
  2. @Misz Beauty
    Dear...masalhnya dorg da keje...alasan gunakan si F tu sbb dorg sibuk...ktorg ni pun keje gak...nk berjaya...kena la usaha...hmmm...sgt xpaham~

    ReplyDelete
  3. xper, dari situ F dpt belajar pelbagai perkara...

    ReplyDelete
  4. @Mr Faiz
    ...tu la...kenyataannya hidup tak selalu indah kan =)

    ReplyDelete
  5. ade jugak org cmni ek. amik kesempatan.

    ReplyDelete
  6. @ Luvida ~ =)...yang buruk jadikan sempadan..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me