Thursday, 17 May 2012

SAMBUTAN MEI 2012

~ Bismillah...~ 

Pagi yang mendung ini, sila baca entry pasal sambutan hari-hari yang istimewa yang diraikan pada bulan Mei ini...walaupun terlambat...tapi aku punya blog...so err...aku punya suka...ngiahahaha...

sumber
1st...01 Mei hari tu kita sambut HARI PEKERJA....memandangkan tiada siapa-siapa yang wish pada aku...so aku pun tiada tergamak juga nak wish pada siapa-siapa. Lantak!...

Dapat cuti pun sudah cukup baik...ehehehe

Owh ye...Pn Jururawat ~ Pn Baby juga En Pemandu Kapal ~ Tn Jiji... tidak lupa En Suami ~ SELAMAT HARI BURUH...better late than nothing kan? =p



Yang kedua ~ dan sambutan yang banyak orang lupa ialah HARI JURURAWAT tanggal 12 Mei. Secara peribadi aku dah wish pada adik aku yang memegang jawatan mulia tersebut dengan pesanan : jangan mengeluh kerana setiap perkara ada ganjaran di sisi-Nya...siyes tiba-tiba nak rasa jadi jururawat juga =) 

Tidak lupa juga untuk jururawat-jururawat lain, juga pernah menjaga aku sewaktu patah tangan masa darjah 4... " terima kasih NURSE sebab tolong bantu garu belakang saya masa saya takut mahu bergerak walau seinci kerana risau simen di tangan retak~" boleh gitu? hehehehe =D
sila tampar laju-laju!



Yang ketiga~ sambutan HARI IBU bertarikh 13 Mei ~ juga secara peribadi telah diraikan bersama MIL dan secebis ucapan buat Mama disampaikan secara 'live' melalui satu panggilan telefon...huhuhuhuh...sorry Mama =(

Tidak lupa skali lagi untuk adik ipar serta adik aku yang tersebut di atas ( Pn. Jururawat )...sekali lagi ucapan ini untuk kamu berdua kerana berjaya melahirkan anak-anak buah yang cute dan sangat menggeramkan. =D

sumber


Then...yang paling latest ~ bagi aku yang telah lama meninggalkan alam persekolahan ~ HAPPY TEACHER'S DAY aku titipkan pada cikgu-cikgu yang menjadikan aku insan berguna pada hari ini. Tarikh sambutan yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun diraikan dalam pelbagai agenda di sekolah-sekolah  seperti yang diberitakan di dada akhbar dan media.

Hal ini juga mengingatkan aku penampar sulung hasil tangan mungil seorang guru yang hinggap di pipi sewaktu dalam darjah 3 kerana gagal menyiapkan kerja rumah Maths... =p

Terima kasih cikgu...sehingga kini...saya memang tidak mampu untuk meminati subjek yang cikgu ajar...penangan cikgu sangat berkesan!...ahahahaha

Pn. Jururawat & anaknya yang menggeramkan 
(gambar dimasukkan atas permintaan)

Setelah berjaya menulis entry ini, apa yang aku perasan....3 daripada 4 daripada sambutan di atas...diraikan oleh adik aku...si Pn Jururawat....
UNTUNGLAAAA~ =p

~SEKIAN~

 ~Alhamdulillah~

8 comments:

  1. eh, banyak plak sambutan yang ada dalam bulan mei.

    ReplyDelete
  2. @Mr Syazwan ~ tu la kan...baru perasan...hehehe

    ReplyDelete
  3. selamat bulan may . hehehe


    1st time here . feel free to visit speechless009

    ReplyDelete
  4. @Pn Azhariah ~ tu la kan =) ....sekali harung je =)

    @ES ~ yup2...=)

    @MI~Selamat juga...thank you for coming~

    ReplyDelete
  5. banyak sambutan bulan may kn? hehe. comelnye baby tuu.

    ReplyDelete
  6. @LUVIDA~
    =) baru perasan juga dear...

    tq following me...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me