Tuesday, 6 May 2008

Anak Derhaka....

Lokasi : Rumah Fam, Pantai Timur..
Masa : Errr...agak2 dh nk masuk tgahari


Aku sdg berkira - kira mahu mencari berus cat bagi membantu Papa mengecat grill pada side door & kebetulan perkakasan pertukangan Papa terletak hampir dgn radio yg sdg terpasang ( aku xtau sape yg pasang & siaran apa yg sdg aku layan pg 2, sbb bangun tido je aku dh terdengar suara mendayu2 ~ lagu2 klasik...kalo tak Papa yg pasang radio 2...tak lain Mama sbb Ann dh gi skolah...ekekekek..)

Tiba2 kedengaran suara yg bercakap psl anak derhaka. Suara tu mcm suara M. Rajoli...bila aku tanyakan pada Papa...Papa kata mcm suara Nik Aziz...tah betul tah tak Wallahualam...aku sendiri lagi la xpasti. Sikit je isinya...cam selingan tp tul2 memberi makna dlm kehidupan aku sejak hari itu...

Bunyinya lebih kurang begini ~ selepas ditafsirkan oleh aku ~..

" Dalam zaman sekarang ni...istilah anak derhaka sudah cukup seseorang itu boleh dikatakan derhaka apabila ibubapanya menghubunginya bagi maksud bertanyakan khabar..hanya dgn ayat contoh { " Man, ko pe kahabar? Dh lama xtepon mak? Ko chat? Bila nk balik? " } ayat itu sudah cukup membuatkan kita dilabel sbg anak derhaka. "

Mula - mula aku tak amik pot sgt sbb kedengaran pedih gak la kat telinga aku sbb aku pn jarang kol Papa dgn Mama.

Tapi bila sekali lagi selingan itu ke udara...aku mula terfikir sendiri bila hampir keseluruhan selingan itu aku ikuti ( walaupun ada yg aku terlepas ... mungkin... )

" Adalah baik kiranya seorang anak yg menghubungi kedua ibubapanya...tatkala bangun pagi ~ selepas solat Subuh...hanya dgn ayat contoh { " Salam Mak, Mak Ayah pekabar arini? Mak Ayah chat? " } sudah cukup. Juga prlu menghubungi Mak Ayah setelah bertafakur & muhasabah diri sebelum tidur hanya utk memaklumkan perihal apa yg berlaku pd diri kita hari itu & juga menanyakan khabar kedua ibubapa utk hari itu. "

Aku berpaling ke arah Papa ~

" Pa, kalo ank 2 tak de kredit nk call mak ayah? Leh kira derhaka gak ke?"

Papa membisu ~ mungkin Papa malas melayan kerenah aku....

Aku sendiri maklum...itu hanya sekadar alasan utk melepaskan diri dr kategori derhaka itu sendiri. Aku punyai kredit utk menghubungi ' dia ' . Aku sanggup top - up bila kehabisan kredit hanya utk msg ' dia '. Sehari xmendengar berita drnya aku sudah keharuan.

Kutanyakan diri sendiri mengapa kepada kedua Papa Mama yg membesarkan aku, perkara sedemikian tidak pula kupraktikkan...aku termenung sendiri ( sambil meneruskan kerja2 mengecat )

So...aku cuba menjadi ank yg baik & bukan ank derhaka seperti kata 'Ustaz' dlm selingan radio tersebut ( ku panggil dia Ustaz kerana gelaran itu lebih sesuai kurasakan buatnya walaupun mungkin dia seorang profesor lulusan lain ) & aku juga cuba utk menghubungi Papa & Mama setiap hari mengikut kemampuan kewanganku.

Aku juga cuba utk tidak menghadkan penggunaan kreditku utk berhubung dgn Papa & Mama sprtimana aku menghubungi ' dia ' sblm ini.

p/s : Baru sebentar tadi ' dia ' msg. Sesegera itu juga aku menghubungi Papa. Alhamdulillah...Papa & Mama sihat. Mendengar suaranya juga aku sudah bebesar hati. Inilah hadiah paling bermakna dalam hidupku dapat bergelar sbg 'puteri' Papa & Mama...

2 comments:

  1. Alamak. Cam ne ni kak.
    Tiap-tiap subuh, kalau kat asrama mesti abah saya call suruh bangun. Bukan saya yang call. Isk isk.

    ReplyDelete
  2. ~atiqah~
    hehehe...alamak aiiii...comeyneee...errr....xkhatam lagi bab yg nih...huhu...
    tp ada kwn akk gtau syurga dibwh tapak kaki ibu...kalo ibu kata derhaka...xslamat la kita jwbnya...bgantung pd apa ibu bapa rasa ( kata kwn akk 2 la... ) wallahualam...sesama kita doa utk jd ank solehah k...AMIN =)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me