Tuesday, 4 December 2007

Mata Kiri.......


Dh dekat 3 ari sebelum ni mata kiri aku bergerak..aku xsedap hati. Berdebar - debar. Seakan ada perkara buruk yg akan menimpa. Rupanya hari ni aku menangis. Semuanya kerana Moggy Mog. Ibu Maniam yg 'pergi' bulan lepas. Hibanya hati aku..hanya Allah yg tahu.. =,(. Aku tgh menghadiri taklimat semasa aku terperasankan 1 miss call dr Ann. Aku abaikan kerana aku mempunyai urusan lain. Setelah aku menerima berita buruk yang hampir meluluhkan jiwa aku. Ann terus ku hubungi ( walaupun ketika itu aku masih berada di dlm dewan taklimat, aku xpeduli walau rakan di kiri & kananku memandang seolah2 memberi amaran! )

Ann menangis. Butir percakapannya tidak kufahami sehingga Ann ku tengking ( rakan2 yang mengapitku di kiri & kanan dlm dewan taklimat mula tidak senang dduk ~ mungkin kerana suaraku agak kuat... ) setelah mengesahkan berita yg kuterima melalui msg yg dihantar oleh Ann.. aku terpinga. X tahu apa yg ada dlm fikiranku. Kosong. Moggy Mog telah 'pergi' buat selama - lamaya. 'Pergi' menuruti Maniam yg terlebih dahulu meninggalkannya. 'Pergi' meninggalkan aku. 'Pergi' kerana digilis CITRA yg dipandu Papa ( buat kali keduanya.. selepas Maniam dan kali ini ibunya ~ Moggy Mog...menjadi korban ).... =,(

Ya Allah.....aku terasa ingin menjerit sekuat - kuat hati. Mungkin Maniam & Moggy Mog hanya seekor kucing...tp bagiku dia bagaikan antara ahli keluargaku. Bagaimana harus kukatakan ttg perasaanku? Bagaimana????????????

Fokusku tidak lagi pd taklimat. Aku keluar dr dewan. Menuju dgn longlai ke tandas. Baby kuhubungi. Setelah khabar buruk kusampaikan...Baby menangis di pantry kliniknya. Kedengaran rakan disebelahnya cuba menenangkan keadaan. Aku sendiri tidak dpt mngawal perasaanku. Ku katakan pd Baby yg aku harus kembali ke dewan taklimat. Baby faham. Tangisan Baby juga agk reda sedikit ( walaupn ku tahu dia menahan rasa sepertiku ). Kuandaikan dia malu dgn rakannya.

Aku kembali ke dewan taklimat. Sunyi kurasakan. Badanku lemah. Aku terduduk di kerusiku. Rakanku yg telah kukhabarkan berita tersebut kepadanya menyuruh aku bersabar. Air mataku menitis satu persatu. Rakan lelaki di sebelahku terpinga tertanya. Tidak kuhiraukan. Teringat akan Moggy Mog yg sering bertenggek di tembok rumahku. Berlari mendapatkan kami jika baru pulang dr berjalan. Menjilat anaknya. Makan Frieskies dr bekasnya....( Ya Allah...izinkan aku menghabiskan entry ini Ya Allah...selagi Moggy Mog masih melekat di mindaku....dgn izinMu Ya Allah...benarkan aku... =,( )

Pulang dr mendengar taklimat...aku terus meminta rakanku menghantar aku ke rumah. Aku sgt xterdaya. Setelah tudung ku tanggalkan...Ann ku hubungi semula. Suara Ann lemah. Ann xterdaya bercakap panjang dgnku. Dia menangis semula setelah memaklumkan yg Papa sdg mengebumikan Moggy Mog kami. Aku meminta Ann utk menghulurkan telefon kpd Mama. Sebaik shj telefon bertukar tangan...tangisan sayu kedengaran. Mama menangis. Aku sudah tidak dpt mengawal diri. Aku menangis lg utk kesekian kalinya.

Mama mngkhbrkan kpdku..Papa secara tidak sengaja utk kesekian kalinya tergilis Moggy Mog ( selepas Maniam ). Mama telah diingatkan oleh Papa sebelum itu utk melihat - lihat sekiranya Moggy Mog & anak - anaknya berkeliaran ( utk mengelakkan perkara yg berlaku kpd Maniam berulang... ) sebelum Papa mengundurkan knderaan. Mama memaklumkan yg Mama terlupa pesanan Papa setelah beberapa kerja lain di buat sebelum mnghantar Papa di muka pintu. Sewaktu Papa mngundurkan kereta itulah Mama trdengar ngiauan Moggy Mog. Mama hnya smpat mmberitahu Papa ttg Moggy Mog yg ada di bawah tayar ( tidur barangkali... ) sebelum Mama masuk kembali ke rumah ( Mama dh lemah longlai masa tu..sebaik shj Mama trnmpak bulu kucing brtaburan di bwh kereta Papa.. ) Aku faham perasaan Mama. Ini kejadian kedua. Mama mmberitahuku Papa juga termenung seketika ( Papa juga kesal...aku tahu Papa kesal...aku benar - benar tahu itu... ) =,( Papa hnya keluar ke pejabat ( setelah Mog digilis ) hnya sebentar sebelum pulang semula ke rumah utk mengebumikan Moggy Mog ( kerana Papa meninggalkan bangakai Moggy Mog sebelum ke pejabat ats urusan yg tidak dpt dielakkan )

Mama mula bercerita. Mama ada bg Moggy Mog nasi. Selepas mkn Moggy Mog masuk ke bilik Mama & berkumpul di situ bersama anak2nya ( Moggy Mog jarang lepak di bilik Mama... ) setelah itu...Moggy Mog merayau ke serata rumah & apabila dia berehat dia hnya memandang Mama... ( kuatkan hatiku Ya Allah...aku mohon pdmu...tabahkan hatiku... =,( ) Mama dh nmpak perlakuan pelik Moggy Mog. Tp xsngka........ =,(

Seperti sebelum ke'pergian' Maniam, Moggy Mog juga ada bermain dgn burung. Mama kata smpai lunyai burung ( yg entah dr mana dtgnya ) ... Mungkin itulah petanda.

Moggy Mog tlh Papa kuburkan berdekatan dgn pusara Maniam ( aku pasti itu... ) Mama ada mmberitahuku ank2 kecil Moggy Mog telah Mama kurung di dlm rumah supaya tidak melihat ibunya dikuburkan. Pasti Shoei & Gary akn mncari ibunya mlm nnti.

Mog sayang...aku sayang sgt kat kau. Aku mintak maaf kalau pernah aku sakiti kau Mog. Aku tau kau dh mnjadi seekor ibu yg baik buat anak - anakmu. Aku pasti akan merindui kau Moggy Mog...pasti...& kau xakan aku lupakan. Insya Allah.... =,(

Mog...Moggy Mog.....MOGGY MOG.............................Mogggggggggggggggggggggg...... =,(


p/s : Mata kiriku dh pulih....tidak lg bergerak - gerak. Benarlah kata org2 tua...mata kiri bergerak...tandanya perkara buruk bakal berlaku yg melibatkan air mata. Tukarannya...MOGGY MOG kesayangan ku. Mungkinkah Moggy Mog mati di bawah tayar yg sama Maniam ( anaknya ) digilis? Wallahualam.. =,( Semoga Allah mengasihimu....Amin....


1 comment:

  1. pls dun make me cry reading ur entry . . x berdaya bace entry nie . mengimbau kisah dulu , time dgn moggy mog dlu , shes the great cat ever . ank2 dye p0wn someyy n baek . gary p0wn da pergi jumpe mak dye blik . rinduu sgt kt kucing2 2 . !!

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda dengan komen - komen yang membahagiakan buat penyeri hari =)

Thanks~

~THANK YOU~

~THANK YOU~
From Inside Me